Bagi seorang Keusahawan yang hampir mempunyai semua Ciri-Ciri Keusahawan adalah Jack Ma!!!
Keusahawanan Jack Ma
Ma Yun juga
dikenali sebagai Jack Ma,yang berlahir pada 15 Oktober 1964,di Hangzhou,
wilayah Zhejiang, China.Beliau merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di
China.Beliau ialah pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan Alibaba.
BIODATA -JACK MA
Nama : JACK
MA/MA YUN
Jawatan : PENGERUSI
EKSEKUTIF KUMPULAN ALIBABA
Asal :
HANGZHOU,CHINA
Umur : 50 tahun
Isteri : ZHANG
YING Anak : JERRY MA
Sebab-sebab saya memilih usahawan
"Jack Ma/Ma Yun" tersebut adalah beliau merupakan seorang yang
mempunyai sifat kepimpinan yang kuat. Walaupun Jack Ma sebagai Exercutive
Chairman Alibaba Group yang merupakan perusahaan induk dengan 9 anak perusahaan
utama iaitu Alibaba.com, Taobao Marketplace, Tmall, etao.com, Juhuasuan.com,
Aliyun, AliExpress.com, 1688.com dan Alipay.
Tetapi beliau tidak menunjukkan kuasanya
malahan merendahkan diri untuk bekerjasama dengan pengikut atau rakan
pertubuhanya bagi menjayakan pertubuhan Alibaba.Jack Ma seorang pemimpin yang
mementingkan produktiviti pertubuhan Alibaba dan tidak mengambil kira kuasa
sesebuah pentadbiran pertubuhan malahan sentiasa mempunyai hubungan erat dengan
pengikutnya. Beliau memiliki banyak sifat keusahawanan yang sepatut ada bagi
seorang usahawanan seperti sanggup menanggung risiko, berinsiatif, tidak
berputus asa, berpandang jauh dan sebagianya.
Ciri-ciri Keusahawanan Yang Dimiliki Oleh Jack Ma
1. Sifat Sanggup Menanggung Risiko (Open risk taker)
Jack
Ma adalah seorang keusahawan yang sanggup menanggung risiko. Risiko adalah
faktor akibat daripada mana-mana organisasi. Semakin besar risiko semakin besar
pulangan. Kakitangan yang bekerja dalam organisasi hendaklah sentiasa
menanggung risiko kerana ia sentiasa wujud. Jack sentiasa mengajar pekerja
untuk mempunyai keberanian tentang mana-mana kesilapan berlaku kepada
perniagaan. Di mana kita boleh tahu Jack Ma adalah seorang yang sanggup
menanggup risiko? Iaitu kerana beliau berani mencabarkan status quo dengan
menanggungkan risiko yang besar. Jack Ma berani mengambil risiko untuk mencabarkan
nilai perniagaan yang tradisional pada era masa itu telah menubuhkan Syarikat Alibaba dengan
mengeluarkan 500000 ribu yuan dan tidak takut kepada rugi dan risiko yang akan
dialami.
Selepas berjaya menubuhkan Alibaba, Jack
Ma juga berani mengambil risiko dengan bijak dan diperhitung dengan melibatkan
diri dan Alibaba ke dalam Bursa Saham New York dengan lebih daripada $ 20
bilion saham untuk dijual. Dalam
projek dan perjanjian yang menpunyai risiko yang besar ini, mendapatkan enam
penaja jamin utama, 160 bank, lebih 300 jurujual institusi, dan beribu-ribu
broker bekerja melibatkan diri dalam perjanjian itu. Alibaba adalah saudagar
dalam talian yang terbesar di dunia, dengan $ 240.000.000.000 dalam barangan
dan saham yang dijual pada tahun 2013. Jack Ma telah membuktikan seorang
usahawan yang berjaya hendaklah menpunyai semangat yang berani mengambil risiko
untuk menjalankan dan menjayakan perniagaan.
2. Sifat Tidak Berputus Asa(Failure is an option)
Jack
Ma adalah seorang keusahawan yang tidak akan berputus asa. Pertama, Jack Ma
meletakkan dirinya sebagai orang yang tidak akan mudah ditepis . Semua orang
tahu bahawa mantera Jack Ma adalah " Never Give Up" . Dia tidak mudah
telah berpaling tadah. Walaupun ia ditolak untuk beberapa kali dalam memohon
pekerjaan , tetapi dia masih sentiasa positif dengan itu. Beliau menerima
tawaran sebagai pensyarah Bahasa Inggeris di Universiti dengan gaji 12
Renminbin sebulan, pada masa yang sama dia masih terus mencari jalan untuk
melakukan perniagaan sendiri dan akhirnya, dia mampu untuk membuka syarikat
terjemahannya .
Pada
tahun 1982, Jack Ma berumur 18. Pada masa itu, Beliau telah gagal dalam peperiksaan sekolah tinggi . Selepas itu,
Beliau pernah menjadi setiausaha , sebagai pekerja menghantar barang dan
sebagainya. Pada suatu hari, Jack Ma telah menjemputi dan membaca sebuah buku
yang bernama “人生”
dan beliau memutus mengambil satu kali lagi peperiksaan sekolah tinggi. Tetapi
juga gagal dan Jack Ma telah ambil kali ketiga peperiksaan sekolah
tinggi.Akhirnya, beliau telah berjaya lulus dalam peperiksaan ini.
Pada
tahun 1988, selepas tamat pengajian di university beliau telah memasuki Universiti
Hangzhou Sains Elektronik dan Teknologi sebagai seorang guru Bahasa Inggeris. Pada
tahun 1994 hingga tahun 1998 , Jack Ma telah cuba memulakan perniagaan dua kali
dan mengumumkan kegagalan pada tahun 1996. Tetapi Jack Ma tidak ada putus asa.
Pada tahun 1999, Jack Ma telah mengusahakan Alibaba dengan menggunakan modal
sebanyak 500.000 ribu yuan.
Dengan
menggunakan masa 16 tahun, pada tahun 2015 sekarang Alibaba dan Pengerusi bagi
Alibaba iaitu Jack Ma sudah menjadi seorang usahawanan yang terkenal di
globalisasi dan sebagai satu role model yang sangat baik bagi semua usahawanan
di seluruh dunia. Jack Ma telah membuktikan ciri tidak berputus asa adalah satu
ciri yang sangat penting bagi semua orang untuk menjadi seorang usahawanan yang
berjaya.
3. Sifat Berinisiatif (Proactive)
Berinsiatif
bermaksudkan mengembangkan dan memberdayakan sektor kreatifitas daya pikir
manusia, untuk merencanakan idea atau buah pikiran menjadi konsep yang baru
yang pada gilirannya diharapkan dapat berdaya guna dan bermanfaat. Manusia yang
berinisiatif adalah manusia yang tanggap terhadap segala perkembangan yakni
manusia yang pandai membaca, menghimpun dan meneliti, manusia yang inisiatif
juga dapat memanfaatkan setiap peluang di setiap pergantian waktu, dan
menjadikannya sebagai kreasi yang berarti.
Pada
akhir tahun 1994, kali pertama Jack Ma mendengar tentang Internet dan pada awal
tahun 1995, beliau diperkenalkan dengan Internet secara kebetulan di Amerika.
Jack Ma yang sensitif sedar dan yakin
Internet akan mengubah dunia.Ini telah membuktika Jack Ma adalah seorang yang
berinsiatif. Dengan serta-merta, dia tumbuh idea untuk melakukan laman web,
data perusahaan domestik yang dikutip di web akan dilepaskan kepada dunia Idea
Jack Ma ini segera bertemu dengan pembangkang yang kuat daripada rakan-rakan
dan keluarganya.
Jack
Ma juga ialah seorang usahawan yang berinsiatif dengan mempunyai pendapatnya
sendiri yang bijak dan baik. Iaitu kerana apabila dia mendapati bahawa
perniagaan internet akan meningkat di China, beliau memanggil kawan-kawannya
dan menjelaskan apa yang dia memutuskan untuk melakukan kepada mereka.
Malangnya, hanya ada satu menyokong idea beliau. Walaupun Jack Ma telah melalui
banyak halangan dan lain-lain berkata dia tidak akan dapat berbuat demikian,
walaupun yang lain tidak dapat melihat apa yang dilihatnya, tetapi dia memilih
untuk mengabaikan penentang dan dia bekerja keras impian beliau.Ini juga
membuktikan jika Jack Ma kurang ciri keusahawanan berinisiatif , hari ini orang
yang paling kaya di China tidak akan menpunyai be;iau.Oleh itu, Ciri
berinsiatif adalah sangat oenting bagi seorang usahawan yang ingin berjaya.
4.Daya Pemerhatian yang tajam (Observant)
Daya pemerhatian merupakan ciri keusahawanan yang penting untuk berjaya dalam perniagaan. Individu yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam dapat melihat peluang perniagaan yang berpotensi membawa kejayaan. Mereka yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam dapat memerhati perubahan yang berlaku di sekeliling. Mereka dapat mengesan perubahan walaupun hanya perubahan yang sedikit dan sukar dikesan oleh orang lain. Dengan daya pemerhatian yang tajam, mereka dapat berkembang dan sentiasa maju dari semasa ke semasa walaupun berlaku perubahan persekitaran perniagaan di sekeliling mereka.
Ciri daya pemerhatian yang tajam dapat dilihat pada usahawan Jack Ma yang berjaya dalam aktiviti perniagaannya. Jack Ma dikatakan sebagai usahawan yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam kerana semasa beliau kali pertama mendengar tentang Internet pada akhir tahun 1994 dan diperkenalkan secara kebetulan dengan Internet di Amerika Syarikat pada awal tahun 1995, beliau telah sedar dan yakin bahawa Internet akan mengubah dunia. Jack Ma memerhati peluang ini merupakan peluang perniagaan yang akan membawa kejayaan kepada dirinya mahupun negara China. Oleh itu, beliau mendapat idea untuk membuat laman web. Data perusahaan domestik yang dikutip di laman web akan dilepaskan kepada dunia. Namun, ideanya telah dibantah oleh rakan-rakan dan keluarganya tetapi beliau masih meneruskan ideanya kerana percaya akan daya pemerhatiannya.
Kini, Jack Ma telah menubuhkan Taobao, Alipay, Ali Mama dan sebagainya. Kejayaan Jack Ma dibuktikan lagi dengan jumlah urus niaga dalam Alibaba.com yang melebihi satu trilion yuan pada November 2012. Beliau telah berjaya dalam perniagaannya yang tidak disokong oleh orang ramai pada peringkat awal. Dengan pemerhatiannya yang mendapati Internet dapat mengubah dunia, beliau telah berjaya dan sekarang merupakan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group yang merupakan perniagaan berasaskan Internet yang sangat berjaya serta merupakan usahawan dari China yang pertama muncul di muka depan Forbes.

5.Berorientasikan Pasukan (Team-Oriented)
Ciri berorientasikan pasukan merupakan ciri yang diperlukan pada usahawan supaya perniagaan yang dijalankan dapat berjalan lancar dan membawa kejayaan kepada mereka. Hal ini kerana tiada perniagaan yang akan berjaya dengan usaha sendiri tanpa bekerjasama dengan orang lain. Semua perniagaan di dunia ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak walaupun hanya perniagaan kecil. Ciri berorientasikan pasukan lebih menumpu kepada kerjasama antara usahawan dengan semua pihak yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan.
Di samping itu, ciri berorientasikan pasukan dapat dilihat dengan jelas pada usahawan Jack Ma yang merupakan usahawan dari China yang sangat berjaya dan dikenali oleh ramai orang. Walaupun Jack Ma merupakan Exercutive Chairman Alibaba Group yang merupakan perusahaan induk dengan 9 anak perusahaan utama iaitu Alibaba.com, Taobao Marketplace, Tmall, etao.com, Juhuasuan.com, Aliyun, AliExpress.com, 1688.com dan Alipay tetapi beliau masih merendahkan diri dan tidak menunjukkan kuasanya untuk bekerjasama dengan pengikut atau rakan pertubuhannya demi menjayakan pertubuhan Alibab. Ini jelas menunjukkan Jack Ma adalah seorang pemimpin yang mementingkan produktiviti pertubuhan Alibaba atas kerjasama pihak atasan dan pihak bawahan.
Seperkara lagi, Jack Ma tidak mengambil kira kuasa walaupun beliau memang mempunyai kuasa yang tidak perlu mengambil berat perasaan pekerja bawahannya. Malah, beliau sanggup menganggap dirinya adalah sama kedudukan dengan pekerjanya dan sentiasa mempunyai hubungan erat dengan pekerjanya. Hal ini disebabkan Jack Ma berpendapat kerjasama dalam pasukan sangat diperlukan untuk menjayakan perniagaannya. Justeru itu, Jack Ma merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri berorientasikan pasukan.
Lucky Club Casino Site | No Deposit | Lucky Club Live
回复删除Lucky Club Casino is an online gambling site that is now popular due to its popularity, popularity luckyclub and the power of online casino Rating: 9.1/10 · Review by Lucky Club