2015年10月8日星期四

Bagi seorang Keusahawan yang hampir mempunyai semua Ciri-Ciri Keusahawan adalah Jack Ma!!!


Keusahawanan Jack Ma
Ma Yun juga dikenali sebagai Jack Ma,yang berlahir pada 15 Oktober 1964,di Hangzhou, wilayah Zhejiang, China.Beliau merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di China.Beliau ialah pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan Alibaba.

BIODATA -JACK MA
Nama : JACK MA/MA YUN
Jawatan : PENGERUSI EKSEKUTIF KUMPULAN ALIBABA
Asal : HANGZHOU,CHINA
Umur : 50 tahun
Isteri : ZHANG YING                                      Anak : JERRY MA
       


Sebab-sebab saya memilih usahawan "Jack Ma/Ma Yun" tersebut adalah beliau merupakan seorang yang mempunyai sifat kepimpinan yang kuat. Walaupun Jack Ma sebagai Exercutive Chairman Alibaba Group yang merupakan perusahaan induk dengan 9 anak perusahaan utama iaitu Alibaba.com, Taobao Marketplace, Tmall, etao.com, Juhuasuan.com, Aliyun, AliExpress.com, 1688.com dan Alipay.


         Tetapi beliau tidak menunjukkan kuasanya malahan merendahkan diri untuk bekerjasama dengan pengikut atau rakan pertubuhanya bagi menjayakan pertubuhan Alibaba.Jack Ma seorang pemimpin yang mementingkan produktiviti pertubuhan Alibaba dan tidak mengambil kira kuasa sesebuah pentadbiran pertubuhan malahan sentiasa mempunyai hubungan erat dengan pengikutnya. Beliau memiliki banyak sifat keusahawanan yang sepatut ada bagi seorang usahawanan seperti sanggup menanggung risiko, berinsiatif, tidak berputus asa, berpandang jauh dan sebagianya.

Ciri-ciri Keusahawanan Yang Dimiliki Oleh Jack Ma

          1. Sifat Sanggup Menanggung Risiko (Open risk taker)


      Jack Ma adalah seorang keusahawan yang sanggup menanggung risiko. Risiko adalah faktor akibat daripada mana-mana organisasi. Semakin besar risiko semakin besar pulangan. Kakitangan yang bekerja dalam organisasi hendaklah sentiasa menanggung risiko kerana ia sentiasa wujud. Jack sentiasa mengajar pekerja untuk mempunyai keberanian tentang mana-mana kesilapan berlaku kepada perniagaan. Di mana kita boleh tahu Jack Ma adalah seorang yang sanggup menanggup risiko? Iaitu kerana beliau berani mencabarkan status quo dengan menanggungkan risiko yang besar. Jack Ma berani mengambil risiko untuk mencabarkan nilai perniagaan yang tradisional pada era masa itu telah menubuhkan Syarikat Alibaba dengan mengeluarkan 500000 ribu yuan dan tidak takut kepada rugi dan risiko yang akan dialami.    

Selepas berjaya menubuhkan Alibaba, Jack Ma juga berani mengambil risiko dengan bijak dan diperhitung dengan melibatkan diri dan Alibaba ke dalam Bursa Saham New York dengan lebih daripada $ 20 bilion saham untuk dijual. Dalam projek dan perjanjian yang menpunyai risiko yang besar ini, mendapatkan enam penaja jamin utama, 160 bank, lebih 300 jurujual institusi, dan beribu-ribu broker bekerja melibatkan diri dalam perjanjian itu. Alibaba adalah saudagar dalam talian yang terbesar di dunia, dengan $ 240.000.000.000 dalam barangan dan saham yang dijual pada tahun 2013. Jack Ma telah membuktikan seorang usahawan yang berjaya hendaklah menpunyai semangat yang berani mengambil risiko untuk menjalankan dan menjayakan perniagaan.

2. Sifat Tidak Berputus AsaFailure is an option

Jack Ma adalah seorang keusahawan yang tidak akan berputus asa. Pertama, Jack Ma meletakkan dirinya sebagai orang yang tidak akan mudah ditepis . Semua orang tahu bahawa mantera Jack Ma adalah " Never Give Up" . Dia tidak mudah telah berpaling tadah. Walaupun ia ditolak untuk beberapa kali dalam memohon pekerjaan , tetapi dia masih sentiasa positif dengan itu. Beliau menerima tawaran sebagai pensyarah Bahasa Inggeris di Universiti dengan gaji 12 Renminbin sebulan, pada masa yang sama dia masih terus mencari jalan untuk melakukan perniagaan sendiri dan akhirnya, dia mampu untuk membuka syarikat terjemahannya .

Pada tahun 1982, Jack Ma berumur 18. Pada masa itu, Beliau telah gagal dalam  peperiksaan sekolah tinggi . Selepas itu, Beliau pernah menjadi setiausaha , sebagai pekerja menghantar barang dan sebagainya. Pada suatu hari, Jack Ma telah menjemputi dan membaca sebuah buku yang bernama “人生” dan beliau memutus mengambil satu kali lagi peperiksaan sekolah tinggi. Tetapi juga gagal dan Jack Ma telah ambil kali ketiga peperiksaan sekolah tinggi.Akhirnya, beliau telah berjaya lulus dalam peperiksaan ini.

Pada tahun 1988, selepas tamat pengajian di university beliau telah memasuki Universiti Hangzhou Sains Elektronik dan Teknologi sebagai seorang guru Bahasa Inggeris. Pada tahun 1994 hingga tahun 1998 , Jack Ma telah cuba memulakan perniagaan dua kali dan mengumumkan kegagalan pada tahun 1996. Tetapi Jack Ma tidak ada putus asa. Pada tahun 1999, Jack Ma telah mengusahakan Alibaba dengan menggunakan modal sebanyak 500.000 ribu yuan.

Dengan menggunakan masa 16 tahun, pada tahun 2015 sekarang Alibaba dan Pengerusi bagi Alibaba iaitu Jack Ma sudah menjadi seorang usahawanan yang terkenal di globalisasi dan sebagai satu role model yang sangat baik bagi semua usahawanan di seluruh dunia. Jack Ma telah membuktikan ciri tidak berputus asa adalah satu ciri yang sangat penting bagi semua orang untuk menjadi seorang usahawanan yang berjaya.

3. Sifat Berinisiatif (Proactive)
 Berinsiatif bermaksudkan mengembangkan dan memberdayakan sektor kreatifitas daya pikir manusia, untuk merencanakan idea atau buah pikiran menjadi konsep yang baru yang pada gilirannya diharapkan dapat berdaya guna dan bermanfaat. Manusia yang berinisiatif adalah manusia yang tanggap terhadap segala perkembangan yakni manusia yang pandai membaca, menghimpun dan meneliti, manusia yang inisiatif juga dapat memanfaatkan setiap peluang di setiap pergantian waktu, dan menjadikannya sebagai kreasi yang berarti. 

Pada akhir tahun 1994, kali pertama Jack Ma mendengar tentang Internet dan pada awal tahun 1995, beliau diperkenalkan dengan Internet secara kebetulan di Amerika. Jack Ma yang sensitif  sedar dan yakin Internet akan mengubah dunia.Ini telah membuktika Jack Ma adalah seorang yang berinsiatif. Dengan serta-merta, dia tumbuh idea untuk melakukan laman web, data perusahaan domestik yang dikutip di web akan dilepaskan kepada dunia Idea Jack Ma ini segera bertemu dengan pembangkang yang kuat daripada rakan-rakan dan keluarganya.

Jack Ma juga ialah seorang usahawan yang berinsiatif dengan mempunyai pendapatnya sendiri yang bijak dan baik. Iaitu kerana apabila dia mendapati bahawa perniagaan internet akan meningkat di China, beliau memanggil kawan-kawannya dan menjelaskan apa yang dia memutuskan untuk melakukan kepada mereka. Malangnya, hanya ada satu menyokong idea beliau. Walaupun Jack Ma telah melalui banyak halangan dan lain-lain berkata dia tidak akan dapat berbuat demikian, walaupun yang lain tidak dapat melihat apa yang dilihatnya, tetapi dia memilih untuk mengabaikan penentang dan dia bekerja keras impian beliau.Ini juga membuktikan jika Jack Ma kurang ciri keusahawanan berinisiatif , hari ini orang yang paling kaya di China tidak akan menpunyai be;iau.Oleh itu, Ciri berinsiatif adalah sangat oenting bagi seorang usahawan yang ingin berjaya.

4.Daya Pemerhatian yang tajam (Observant)

Daya pemerhatian merupakan ciri keusahawanan yang penting untuk berjaya dalam perniagaan. Individu yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam dapat melihat peluang perniagaan yang berpotensi membawa kejayaan. Mereka yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam dapat memerhati perubahan yang berlaku di sekeliling. Mereka dapat mengesan perubahan walaupun hanya perubahan yang sedikit dan sukar dikesan oleh orang lain. Dengan daya pemerhatian yang tajam, mereka dapat berkembang dan sentiasa maju dari semasa ke semasa walaupun berlaku perubahan persekitaran perniagaan di sekeliling mereka. 

Ciri daya pemerhatian yang tajam dapat dilihat pada usahawan Jack Ma yang berjaya dalam aktiviti perniagaannya. Jack Ma dikatakan sebagai usahawan yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam kerana semasa beliau kali pertama mendengar tentang Internet pada akhir tahun 1994 dan diperkenalkan secara kebetulan dengan Internet di Amerika Syarikat pada awal tahun 1995, beliau telah sedar dan yakin bahawa Internet akan mengubah dunia. Jack Ma memerhati peluang ini merupakan peluang perniagaan yang akan membawa kejayaan kepada dirinya mahupun negara China. Oleh itu, beliau mendapat idea untuk membuat laman web. Data perusahaan domestik yang dikutip di laman web akan dilepaskan kepada dunia. Namun, ideanya telah dibantah oleh rakan-rakan dan keluarganya tetapi beliau masih meneruskan ideanya kerana percaya akan daya pemerhatiannya. 

Kini, Jack Ma telah menubuhkan Taobao, Alipay, Ali Mama dan sebagainya. Kejayaan Jack Ma dibuktikan lagi dengan jumlah urus niaga dalam Alibaba.com yang melebihi satu trilion yuan pada November 2012. Beliau telah berjaya dalam perniagaannya yang tidak disokong oleh orang ramai pada peringkat awal. Dengan pemerhatiannya yang mendapati Internet dapat mengubah dunia, beliau telah berjaya dan sekarang merupakan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group yang merupakan perniagaan berasaskan Internet yang sangat berjaya serta merupakan usahawan dari China yang pertama muncul di muka depan Forbes. 

5.Berorientasikan Pasukan (Team-Oriented)

Ciri berorientasikan pasukan merupakan ciri yang diperlukan pada usahawan supaya perniagaan yang dijalankan dapat berjalan lancar dan membawa kejayaan kepada mereka. Hal ini kerana tiada perniagaan yang akan berjaya dengan usaha sendiri tanpa bekerjasama dengan orang lain. Semua perniagaan di dunia ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak walaupun hanya perniagaan kecil. Ciri berorientasikan pasukan lebih menumpu kepada kerjasama antara usahawan dengan semua pihak yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan. 

Di samping itu, ciri berorientasikan pasukan dapat dilihat dengan jelas pada usahawan Jack Ma yang merupakan usahawan dari China yang sangat berjaya dan dikenali oleh ramai orang. Walaupun Jack Ma merupakan Exercutive Chairman Alibaba Group yang merupakan perusahaan induk dengan 9 anak perusahaan utama iaitu Alibaba.com, Taobao Marketplace, Tmall, etao.com, Juhuasuan.com, Aliyun, AliExpress.com, 1688.com dan Alipay tetapi beliau masih merendahkan diri dan tidak menunjukkan kuasanya untuk bekerjasama dengan pengikut atau rakan pertubuhannya demi menjayakan pertubuhan Alibab. Ini jelas menunjukkan Jack Ma adalah seorang pemimpin yang mementingkan produktiviti pertubuhan Alibaba atas kerjasama pihak atasan dan pihak bawahan. 

Seperkara lagi, Jack Ma tidak mengambil kira kuasa walaupun beliau memang mempunyai kuasa yang tidak perlu mengambil berat perasaan pekerja bawahannya. Malah, beliau sanggup menganggap dirinya adalah sama kedudukan dengan pekerjanya dan sentiasa mempunyai hubungan erat dengan pekerjanya. Hal ini disebabkan Jack Ma berpendapat kerjasama dalam pasukan sangat diperlukan untuk menjayakan perniagaannya. Justeru itu, Jack Ma merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri berorientasikan pasukan. 

Ciri-ciri Keusahawanan yang penting bagi menjadi seorang Keusahawanan yang Berjaya.

1. Budaya Terbuka (Open Culture) 

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dilahirkan pada tahun 1951 di Alor Setar, Kedah. Beliau ialah seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu terkaya di Malaysia yang menguasai berbagai-bagai industri di Malaysia. Tan Sri Syed Mokhtar memulakan perniagaan sebagai seorang usahawan yang menjual daging pada tahun 1970. Pada tahun 1972, beliau telah mendapat permit bagi empat buah lori kelas A. Dengan adanya bantuan pinjaman kewangan sebanyak RM110,000 daripada MARA, beliau membeli lagi dua buah lori lalu memulakan perniagaan beras. Kemudian beliau menubuhkan syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Bernas pada tahun 1975. Bukan itu sahaja, Tan Sri Syed Mokhtar telah menubuhkan sebuah badan khas iaitu Yayasan Al-Bukhary. Yayasan ini dilaksanakan berasaskan perladangan, kejuruteraan, infrastruktur, pembinaan dan pelabuhan. Yayasan Al-Bukhary ditubuhkan untuk membantu golongan yang miskin, menggalakkan persefahaman antara peradaban, dan menyokong perkembangan seni dan budaya Islam.

Ciri budaya terbuka dapat dilihat daripada Tan Sri Syed Mokhtar, iaitu beliau banyak melakukan kerja amal dan kebajikan terutamanya di sekitar negeri Perak dan Kedah. Sebelum membuat segala keputusan penting dalam perniagaan, beliau juga akan memikirkan tentang kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera terlebih dahulu. Di samping itu, beliau juga menghulurkan bantuan kepada masyarakat dengan memberi sumbangan kepada aspek tanggungjawab sosial. Sebagai contoh, Tan Sri Syed Mokhtar menaja kelas-kelas tuisyen bagi pelajar Melayu serta melaksanakan aktiviti pengindahan Masjid Negara. Selain itu, beliau juga memberikan sumbangan sebanyak RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan pada setiap tahun beliau akan memberi tajaan dalam penghantaran orang islam di Malaysia yang tidak mampu untuk menunaikan haji. 

Tan Sri Syed Mokhtar juga menderma berjuta-juta ringgit kepada projek-projek kebajikan pada setiap tahun di bawah Yayasan Al-Bukhary untuk menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni islam serta membantu mereka yang kurang upaya. Beliau telah memberi banyak sumbangan dalam Negara seperti membina Institut Al-Quran, Kuala Lumpur, membuka tuisyen Albukhary kepada pelajar miskin di seluruh negara, membina Muzium Kesenian Islam dan lain lain. Tambahan pula, Tan Sri Syed Mokhtar juga mempunyai banyak sumbangan di peringkat anatarabangsa. Antaranya ialah beliau mengadakan program Anak-anak Yatim Albukhary di Indonesia, memberi sumbangan wang dan makanan kepada mangsa gempa bumi Sichuan, China, membeli dan mengubahsuai Cantray House, Afrika Selatan dan sebagainya.

2. Tajam Daya Pemerhatian (Observant)

Tan Sri Anthony Francis Fernandes atau dikenali sebagai Tony Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur, Malaysia. Tony Fernandes merupakan pengasas syarikat Tune Air Sdn Bhd yang melancarkan perkhidmatan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia. Pada tahun 2001, Tony Fernandes telah mengambil alih syarikat yang dibebani hutang yang banyak dan berekod buruk melalui syarikat Tune Air Sdn Bhd. Pada masa itu, Air Asia hanya sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom. Pakar-pakar menganggap bahawa rancangan perniagaan Tony Fernandes yang menawarkan harga tiket penerbangan yang murah adalah perniagaan rugi. Namun begitu, beliau tidak mempedulikan anggapan pakar-pakar dan meneruskan konsepnya yang ingin menolong golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli tiket penerbangan yang mahal. Akhirnya, Tony Fernandes pun berjaya menunaikan impiannya iaitu “Now everyone can fly”. Di bawah kepimpinan beliau, perniagaan syarikat penerbangan yang berhutang sebanyak RM40 juta menjadi semakin berkembang. Walaupun hanya dalam masa kurang daripada 3 tahun, syarikat Air Asia meningkatkan daripada dua Boeing sederhana 737-300 kepada 30 buah dan kini ia beroperasi lebih daripada 100 penerbangan domestik dan antarabangsa setiap hari. 

Teknologi maklumat sangat maju pada zaman ini dan hampir semua orang terlibat dengan kecanggihan internet. Ciri tajam daya pemerhatian boleh dikaitkan dengan Tony Fernandes, iaitu beliau mengambil peluang untuk menawarkan perkhidmatan pembelian tiket penerbangan secara atas talian dengan menggunakan internet. Tindakan beliau dapat mengurangkan kos operasi pengendalian kaunter tiket. Bukan itu sahaja, pelanggan juga tidak menanggung kos lain yakni kos pengangkutan untuk ke kaunter tiket. Oleh itu, lebih banyak orang suka membeli tiket penerbangan secara atas talian dan hal ini dapat menambahkan jualan serta meningkatkan prestasi perniagaan Air Asia.

Di samping itu, Tony Fernandes mempunyai daya pemerhatian yang tajam. Beliau percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah agar dapat menjimatkan kos dan masa mereka. Tambahan pula, pihak pengurusan di bawah kepimpinan Tony Fernandes yang mengamalkan sistem pengurusan kos yang efektif telah menyebabkan Air Asia banyak mencapai kejayaan. Beliau juga mengambil langkah dengan menurunkan kos permulaan perniagaan iaitu membeli kapal terbang terpakai pada peringkat awal. Selepas syarikat Air Asia mencatat keuntungan dan mempunyai dana berlebihan, kapal terbang yang telah dibeli pada peringkat awal tersebut digantikan dengan kapal terbang baru secara berperingkat-peringkat.

3. Proaktif (Proactive)


Steven Paul Jobs atau dikenali sebagai Steve Jobs, dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Fransisco, California, Amerika Syarikat. Steve Jobs ialah pengasas, pengerusi, dan bekas CEO Apple Inc. Beliau telah memberikan sumbangan yang banyak kepada dunia dan beliau telah menghasilkan banyak karya. Misalnya, Steve Jobs telah mencipta komputer, komputer riba, telefon pintar, dan sebagainya. Dalam proses menghasilkan karyanya, beliau mengendalikan segala proses dan beliau menentukan semua keputusan mengenai masalah reka bentuk secara peribadi. 
Dengan ciri proaktif, Steve Jobs mengemukakan cabaran-cabaran yang positif agar mempunyai semangat untuk melakukan inovasi. Hal ini membolehkan Steve Jobs menghasilkan Macintosh, Apple dan juga iPad. 

Seseorang yang proaktif akan sentiasa mewujudkan sesuatu yang hampir tidak mungkin menjadi mungkin. Hal ini dikaitkan dengan Steve Jobs iaitu beliau telah berjaya memulihkan Apple, Inc. yang berada di ambang kejatuhan dengan menaikkan keuntungan syarikat serta mengembalikan imej Apple, Inc. Di samping itu, Steve Jobs juga mampu membentuk dan mewujudkan pasaran baru untuk menjual produk-produk Apple kepada pegguna.

Seterusnya, Steve Jobs bertindak beralih secara proaktif. Hal ini dapat dilihat bahawa Steve Jobs telah beransur-ansur menyerahkan kuasa dan pendedahan awam kepada personaliti utama lain dalam Apple, Inc. sejak berita tentang masalah kesihatan Steve Jobs mula menimbul. Walaupun media massa di mana-mana pelancaran produk tertumpu kepada Steve Jobs, tetapi Steve Jobs mula membentangkan personaliti lain dalam Apple, Inc dengan cara yang lebih bersepadu.

4. Rangkaian ( Networked )


 
    Li Ka-Shing ialah seorang usahawan yang terkenal di seluruh dunia dan hartanya sebanyak USD 24.9 billion dan beliau adalah tempat ke-17 paling kaya di seluruh dunia. Beliau adalah seorang usahawan yang mempunyai rangkaian yang banyak dan bijak menggunakan rangkaian yang dia ada dengan bijaksana untuk mencapai matlamat yang dia ingin dicapai. Beliau menjalankan banyak jenis perniagaan dan skop perniagaannya termasuk hartanah, tenaga, internet, telekomunikasi dan indutri media. 

    Li Ka-Shing berlahir di Guangdong Chaozhou China dan semasa dia umur 12 dan dia melarikan diri ke Hong Kong dan beliau memulakan perjalanan dari awal di Hong Kong. Sebelum dia menjadi seorang usahawan yang berjaya dia pun juga telah menjadi pelarian, jurujual, kuli dan sebagainya. Beliau selalu mengambil pengajaran dalam integrity dan keupayaan menyesuaikan diri. Dari sana, beliau telah kenal banyak bos dia dan mendapatkan hubungan yang baik dari sana. Beliau juga selalu membuat derma kepada anak-anak piatu dan membangunkan sekolah di kawasan yang tiada sekolah untuk membantu anak dapat belajar dan di sana beliau dapat kepujian oleh keusahawan lain dan dia dapat menjalinkan hubungan dengan usahawan yang hebat supaya dapat kerjasama dengan mereka pada masa hadapan.         
    Beliau juga Pada tahun 1950, Li Ka-Shing selepas belajar bagaimana untuk mengendalikan tumbuhan, dia mengasakan syarikat pembuatan plastik di Hong Kong dengan dana yang dipinjam daripada keluarga dan rakan-rakan. Beliau selalu membaca penerbitan perdagangan dan berita perniagaan sebelum membuat keputusan untuk membekalkan dunia dengan bunga plastik yang berkualiti tinggi pada harga yang rendah. Beliau juga belajar teknik mencampurkan warna dalam plastik yang menyerupai bunya sebenar. Selepas itu, beliau mencari pekerja juruteknik yang terbaik dan menggunakan rangkaian dia untuk menjemput pembeli asing dan mengadakan minggu bagi pembeli asing melawat ke kilang dia supaya dapat pesanan yang besar oleh pembeli asing. Kemudian, pembeli asing banyak kagum dengan kualiti plastik yang dikeluarkan oleh kilang Li dan pembeli terus membuat pesanan yang besar. Beberapa kemudian, Li berkembang menjadi pembekal terbesar bunga plastik di Asia.

   Pada tahun 1967, rusuhan itu giat dijalankan apabila ramai orang melarikan diri dari Hong Kong. Oleh itu, harga hartanah menjunam tetapi beliau mempercayai bahawa krisis politik hanya sementara sahaja. Semasa itu, beliau meminjam dana yang banyak dari rakan-rakan dan perbankan untuk membeli hartanah yang harga rendah ini. Pada tahun 1971, ekonomi di Hong Kong sudah menaik dan harga hartanah meningkat dengan cepat dan Li mendapat keuntungan yang lumayan dari sana kerana masa itu dia hanya menggunakan harga yang rendah untuk membeli hartanah dan akhirnya Li rasmi dinamakan hartanah pembangunan syarikatnya Cheung Kong.
Akhirnya, Li Ka-Shing telah menjadi seorang  usahawan paling terkenal di Hong Kong kerana dia tahu melabur dengan masa yang betul dan menggunakan rangkaian yang dia ada  supaya mendapatkan dana untuk melaburkan dan menjana keuntungan yang lumayan dari sana. Walaupun belian sudah berusia 87 tetapi dia masih aktif dalam bidang hartanah di Hong Kong dan selalu membuat kebajikan social untuk membantu orang dapat belajar dan sebagainya.

5. Percaya Kegagalan Adalah Satu Pilihan ( Failure Is An Option )
 
     Mark Zuckerberg ialah seorang usahawan yang berjaya di seluruh dunia dan hartanya sebanyak USD 41.8 billion. Beliau adalah seorang usahawa yang percaya kegagalan adalah satu pilihan dan dia percaya selalu menghadapi kegagalan dan akhirnya mesti akan berjaya. Sebelum dia menjadi usahawan yang berjaya dan dia juga selalu mengalami kegagalan dan dia percaya jika tiada kegagalan dan tidak akan berjaya dengan senang.

     Kegagalan yang pertama dia hadapi adalah pada tahun 2006, Pencipta Connection Harvard mendakwa bahawa Zuckerberg telah mencuri idea mereka dan menegaskan Zuckerberg diperlukan untuk membayar kerugian perniagaan mereka. Manakala, Zuckerberg menegaskan bahawa idea adalah berdasarkan kepada dua jenis yang sangat berbeza daripada rangkaian sosial tetapi selepas peguam mencari rekod Zuckerberg dan mendapat dia mingkin telah sengaja mencuri harta intelektual Connection Harvard dan menawarkan maklumat peribadi pengguna Facebook kepada kawan-kawannya. Zuckerberg kemudian memohon maaf dan beliau berkata kesal dengan mereka. Walaupun penyelesaian awal sebanyak $ 65 juta telah dicapai antara kedua-dua pihak, pertikaian undang-undang berhubung perkara itu berterusan sehingga 2011, selepas Narendra dan Winklevosses mendakwa mereka terkeliru dalam hal nilai saham mereka. 

     Selain itu, sebelum dia cipta Facebook dan dia pernah cipta beberapa aplikasi tetapi tidak terkenal. Aplikasi yang pertama dia cipta di Harvard University adalah CourseMatch dan aplikasi ini agak berguna di dalam kampus kerana ia dapat membantu pelajar berkomunikasi dengan kawan lain. CourseMatch ini berfungsi sebagai membantu pelajar memilih kelas mereka berdasarkan pilihan pengguna dan subjek mereka kerana aplikasi ini mereka dapat berkomunikasi dengan kawan dan memilih kelas yang sama supaya dapat belajar bersama. CourseMatch ini juga berfungsi sebagi pengguna dapat berkongsi jadual waktu mereka dengan kawan dan maklumat pendaftaran mereka. Oleh itu, aplikasi ini dapat membantu pelajar di dalam kampus berkawan dan kongsi maklumat yang mereka ada dengan kawan lain. 

     Di samping itu, Mark Zuckerberg juga cipta FaceMash di Harvard University juga dan aplikasi ini agak terkenal semasa berada di university dan aplikasi ini adalah kegagalan dia sebelum dia berjaya cipta Facebook. FaceMash ini adalah satu aplikasi yang berbanding gambar-gambar dua pelajar di kampus dan membolehkan pengguna untuk mengundi yang mana satu gambar yang lebih menarik. Aplikasi ini amat terkenal semasa di kampus kerana ada pengguna meletak gambar perempuan yang cantik yang berada di kampus di atas aplikasi ini untuk membanding yang mana satu lebih cantik. Oleh kerana aplikasi ini akan mencederakan hormat dan privasi orang lain dan pihak pentadbiran sekolah menganggap aplikasi ini tidak sesuai di kampus dan memberi arahan kepada Mark Zuckerberg untuk menurunkan aplikasi ini. Dari sana FaceMash adalah satu kegagalan bagi Mark Zuckerberg kerana aplikasi ini tiada peluang untuk terus berkembang.

   Akhirnya, Mark Zuckerberg ialah seorang usahawan yang percaya kegagalan adalah satu pilihan untuk mencapai berjaya dan sekarang syarikatnya mempunyai beberapa aplikasi yang agak terkenal seperti Facebook dan Whatsapp. Walaupun Zuckerberg hanya berumur 31 dan hartanya agak banyak. Beliau juga selalu mencuba menambah baik Facebook dan Whatsapp supaya mendapat pengguna yang lebih banyak.

6. Berorientasikan keputusan ( outcome oriented )
 
Salah satu ciri keusahawan ialah berorientasikan keputusan yang menggambarkan seorang usahawan mengetahui apa keputusan yang penting, dan menumpukan sumber untuk mencapainya. Ciri ini dapat didapati pada Donald John Trump. Beliau ialah ahli perniagaan, pengarang. personaliti TV Amerika dan juga calon politik. Dengan senarai panjang pencapaian jutawan, beliau telah memperoleh kejayaan besar dan kemasyhuran dalam dunia perniagaan sebagai mogul hartanah.
Donald Trump pernah mengata bahawa matlamat dalam hidupnya adalah mengekalkan kemenangan, kerana kemenangan ini akan membawa beliau ke peperangan seterusnya. Maka, sejak beliau graduan dari kolej, beliau telah mempunyai 10 senarai hartanah di Amerika yang ingin diperoleh mahupun beliau belum sedia memahami hartanah dengan teliti. Namun, beliau amat memastikan Plaza Hotel adalah  pilihan yang terbaik dalam senarainya. Seterusnya, Donald Trump berusaha menjalankan perundingan bagi mencapai matlamat dan memperoleh apa sahaja yang ditetapkan. 
Selain itu, beliau juga mampu untuk membiayai pengembangan pegangan syarikat ayahnya (Fred Trump) dengan meyakinkan ayahnya untuk menjadi liberal dalam penggunaan pinjaman berdasarkan ekuiti dalam kompleks apartmen Trump. Walau bagaimanapun, perniagaan amat kompetitif dan menyebabkan margin keuntungan perniagaan tidak lumayan
Sifat Donald Trump ini amat dipengaruhi oleh ayahnya dalam keputusan untuk membuat kerjaya dalam pembangunan hartanah. Selain itu, Donald Trump mengejar matlamatnya dengan niat untuk menguasai apa sahaja domain dia bertemu, mungkin menggunakan logik yang sama dalam usaha beliau memegang jawatan presiden. Pencapaian  dalam hidup beliau adalah bergantung kepada kepercayaannya yang kukuh serta matlamat yang amat jelas.

7. Berpandangan jauh (Visionary )
 
Jack Ma ialah seorang pengasas, pengerusi dan CEO Cina dalam e-dagang yang besar iaitu Alibaba. Dalam personaliti Jack Ma, ciri keusahawan yang boleh dijumpai dari beliau ialah berpandangan jauh. Ciri berpandangan jauh bermaksud seseorang atau sepasukan yang berfikir tentang atau merancang masa depan dengan imaginasi atau kebijaksanaan. 
Jack Ma berkata selepas ditolak begitu banyak pekerjaan dan perniagaan selepas graduan, beliau mengakui internet adalah alat untuk memperkasakan perniagaan kecil. Ini adalah kerana masa Jack Ma menggunakan internet, beliau mendapati internet adalah sesuatu yang akan mengubah dunia dan mengubah China. Beliau melihat peluang dalam perniagaan kecil melalui membeli dan menjual barangan secara dalam talian pada masa lalu, beliau memulakan perniagaan Alibaba. Maka, Jack Ma pun memulakan syarikat Alibaba dari apartmennya di bandar timur Hangzhou. Cara Jack Ma untuk menerima sesuatu cadangan adalah amat istimewa. Jika satu cadangan telah diluluskan oleh lebih daripada 90% daripada orang ramai, Jack Ma pasti akan melupuskan cadangan tersebut ke dalam tong. Sebab Jack Ma ialah beliau percaya bahawa cadangan yang baik telah dilaksanakan oleh orang lain sebelum ini dan peluang itu tidak lagi milik kepada beliau. Dengan perkembangan teknologi internet kini serta cara dan teknik Jack Ma mengorganisasi perniagaannya, syarikat Alibaba juga berkembang dengan pesat sehingga pencapaian Alibaba kini.
Apabila Alibaba berkembang secara global, Jack Ma meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Jack Ma menyedari bahawa orang lain boleh memanfaatkan syarikat dengan lebih baik daripada beliau sendiri dan membolehkan orang bakat lain untuk memanfaatkan masyarakat dan generasi seterusnya.. Jack Ma adalah pemimpin yang berwawasan kerana wawasannya digunakan untuk mengetahui serta menentukan strategi utama syarikat Alibaba. Beliau juga selalu berkongsi wawasannya dengan orang ramai untuk membantu mereka dalam aspek masa depan dan bagaimana mereka boleh membuat usaha dalam pertumbuhan organisasi.

8. Berani Mengambil Risiko Terbuka ( Open Risk Taker )
 
     Wareen Edward Buffett ialah seorang usahawan yang berjaya di seluruh dunia dan hartanya sebanyak USD 62.1 billion. Beliau adalah seorang usahawan yang berani mengambil risiko terbuka dan perniagaannya adalah membeli syer-syer syarikat lain and pelbagaikan pelabur dia. Beliau adalah pengerusi Syarikat  Berkshire Hathaway dan syarikat ini adalah terdiri oleh dia.
     Syarikat pertama dia adalah Buffett Associates Ltd yang terdiri pada tahun 1956 pada masa itu dia hanya berumur 26 sahaja. Seterusnya , dia mengurus perniagaannya dengan dengan bijak kerana pakar dalam mengurus risiko perniagaannya dengan efisyen dan membeli saham dengan sekuriti dan selamat supaya mematuhi standard yang ditetapkan oleh dia sendiri. Selain itu, dia juga akan membeli banyak bahagian saham syarikat lain bersama-sama pemegang saham lain untuk melancarkan peperangan proksi dan cuba untuk mempengaruhi syarikat-syarikat berkaitan supaya dapat keuntungan yang lebih banyak. Pelaburan dia dalam tahun 1956 hingga 1969 purata lebih daripada 30% pertumbuhan tahunan dan pasaran umu adalah 7-11% sahaja. 
    Di samping itu, Warren Edward Buffett juga suka mengambil risiko untuk monopoli pasaran supaya dapat keuntungan yang lebih banyak. Beliau selalu memberi tumpuan kepada beberapa syarikat yang berkualiti tinggi dengan kelebihan daya saing yang mampan. Beliau mengambil risiko untuk monopoli syarikat Coca-cola kerana dia percaya minuman ringan Coca-cola walaupun syarikat lain boleh membuat rasa yang sama tetapi pengguna masih akan sanggup membayar harga yang lebih tinggi untuk membeli Coca-cola dan juga enggan mencuba minuman yang rasa hampir sama dengan Coca-cola contohnya MyCola yang dikeluarkan oleh F&N. Beliau sekarang genggam hampir 100% saham syarikat GEICO, Shaw Industries, Nebraska Furniture Mart dan Borsheim's Jewelry. Selain itu, dia juga memegang saham syarikat yang terkenal seperti Coca-cola, IBM, US Bancorp dan lain-lain. Inilah usaha dia mengambil risiko untuk membeli saham pada awalnya sehingga sekarang semua saham ini telah meningkat beberapa kali yang syarikat berikut juga terkenal di seluruh dunia.
    Justeru, Wareen Edward Buffett juga mengambil risiko dengan menggunkan cara ( hand-off ) untuk mengurus kakitangannya. Hal ini adalah kerana dia cakap cara ini bukan sahaja efisyen tetapi juga dapat bagi pengurus mempunyai ruang untuk menggunakan cara atau teknik pengurusan sendiri supaya mereka boleh berkelakuan seperti pemilik perniagaan untuk membangunkan keputusan yang baik. Oleh itu , strategi pemerolehan Buffett cenderung mempunyai keputusan yang amat baik dan cemerlang. Selalunya dia tidak akan memberi ajaran yang banyak kepada kakitangannya kerana dia ingin memberi peluang untuk kakitanggannya untuk menggunakan cara sendiri untuk mencapai matlamat yang dia ingin mencapai dan cara ini selalu digunakan oleh Buffett dan hanya dia berani mengambil risiko ini untuk mengurus perniagaannya kerana jika ada sikit kesalahan dan mungkin akan menyebabkan syarikat mengalami kerugian tetapi belian sendiri tidak pernah takut.
Akhirnya, Warren Edward Buffett ialah seorang usahawan yang sanggup mengambil risiko supaya dapat mengurus perniagaannya dengan efektif dan dapat menjana keuntungan yang lumayan. Walaupun belian sudah berusia 85 tetapi dia masih aktif dalam pasaran dan memberi pendapat kepada usahawan-usahawan yang muda dan tidak berapa pengalaman.

9. Berorientasikan Pasukan ( Team Oriented )
 
Ciri berorientasikan pasukan bermaksud bersama dan menekankan kerjasama dalam kalangan pekerja dan menyumbang kepada pencapaian matlamat kumpulan dan organisasi serta menggunakan kekuatan peribadi di dalam kumpulan untuk manfaat pasukan. Ciri berorientasikan pasukan ini boleh didapati pada Walt Elias Disney.Walter Elias seperti dikenali sebagai “Walt Disney” ialah seorang usahawan di Amerika. Beliau telah mengasaskan dan mengusahakan satu syarikat yang bernama “The Walt Disney Company” serta mengusahakan taman tema yang bernama “Disneyland” bersama dengan adiknya Roy O. Disney. Walt Disney terkenal sebagai penerbit filem, animator, pelakon suara, dan juga inovator dalam animasi dan  taman tema reka bentuk. 
Dalam usaha mengusahakan syarikat The Walt Disney, Walt Disney telah mengamalkan 4 konsep sebagai petunjuk kerja iaitu “Bermimpi, Percaya, Berani dan Melakukan. Konsep-konsep ini telah menjadi asas kepada 10 prinsip pengurusan untuk pasukan kakitangan syarikat. Salah satu prinsip pengurusan ialah “All for One and One for All” iaitu semua untuk satu dan satu untuk semua. Ini menonjolkan kepentingan kerja berpasukan dan memperkasakan pekerja. Syarikat The Walt Disney memupuk kakitangan supaya setia, semangat serta komitmen akan syarikat sendiri. Dengan memastikan setiap tetamu yang datang ke Disneyland mempunyai pengalaman yang sukar dilupakan dan menyenangkan, Walt Disney memperuntukkan kerja yang sama dan amat penting kepada semua kakitangan syarikat sama ada “kerja” itu hanya mengutip sampah. Michael Eisner sebagai pegawai eksekutif juga dipaksa untuk mengutip sampah pada masa itu. Namun, Michael Eisner juga meneruskan legasi Walt Disney dalam memupuk pemerkasaan dalam kalangan kakitangannya.
Impian Walt Disney menggesa dirinya meletakkan pasukannya bersama-sama untuk melaksanakan pada impian itu. Walt Disney menekankan kerja berpasukan kerana beliau berpendapat apa sahaja yang kita capai tergolong kepada hasil usaha kumpulan.

Pengenalan Keusahawanan

    Keusahawanan merujuk kepada keseluruhan sikap, kemahiran, pengetahuan, dan nilai yang membolehkan seseorang usahawan itu mampu untuk mencari, mengenal pasti dan merebut peluang serta menterjemahkan peluang tersebut kepada strategi-strategi dan usaha-usaha perniagaan bagi manfaat keuntungan dan ekonomi. Menurut Kao (1995), keusahawanan didefinisikan sebagai satu proses mencipta sesuatu yang kreatif dan inovatif bagi mencipta kekayaan dan menambah nilai kepada masyarakat. Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan bermaksud satu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan yang dicipta oleh seseorang individu menanggung risiko dalam masa dan komitmen kerjaya ataupun menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Keusahawanan merupakan proses mencipta sesuatu yang baru dan berbeza dengan mengambil kira masa, usaha dan risiko kewangan serta faktor sosial dan psikologi. Usahawan pula ditakrifkan sebagai seseorang yang pandai mencari peluang, pengambil risiko, kreatif dan inovatif, bijak menggunakan sumber serta mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif mendapat keuntungan. Menurut Kamus Webster’s New World, usahawan didefinisikan sebagai seseorang yang mengorganisasi dan mengurus sesuatu perniagaan dengan mengambil kira risiko dengan tujuan memperoleh keuntungan. Terdapat banyak ciri yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan. Antaranya ialah proaktif, budaya terbuka, tajam daya pemerhatian, berpandangan jauh, berorientasikan keputusan, berorientasikan pasukan, rangkaian, berani mengambil risiko terbuka, percaya kegagalan adalah satu pilihan, dan sebagainya.